Resort Macam Reban Ayam




Kisah ini berlaku pada tahun 2017..semuga menjadi iktibar kepada kita semua bila hendak menempah sebarang resort  semasa percutian.

Indah khabar dari rupa. Percutian yang dirancang, akhirnya terpaksa dilupakan apabila tempat tinggal yang telah dibayar depositnya, tidak kelihatan seperti yang diharapkan oleh pengadu. Malah katanya, apa yang dinampak di depan mata sangat jauh berbeza dengan gambar yang dikongsikan dalam Facebook resort berkenaan.

Difahamkan, pengadu juga telah membuat laporan polis bagi mendapatkan semula wang deposit yang telah dibayar, berikutan tiga kakitangan resort berkenaan memungkiri janji untuk mengembalikan wang deposit itu kepada pengadu sehingga ke hari ini.

PERCUTIAN keluarga yang dirancang selama sebulan lalu, akhirnya memakan diri apabila ditipu dengan janji-janji yang indah dari sebuah resort yang beroperasi di Janda Baik.

Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang telah menipu dan menganiaya percutian kami.

Kami seramai 24 orang telah sepakat memilih Saloma Villa untuk penginapan kami selama tiga hari dua malam di resort tersebut. Ini kerana setelah melihat gambar-gambar di Facebook page resort itu, kami berpuas hati kerana kami memang mencari suasana kampung untuk percutian kali ini.

Pada mulanya saya telah berhubungan dengan kakitangan bernama Nini melalui aplikasi WhatsAp untuk urusan booking dan pertanyaan lain seperti kemudahan yang ada disediakan di sana.

Nini kemudian meminta saya membayar 50 peratus sebagai deposit untuk lock date bagi tarikh yang telah dipersetujui. Saya telah membayar deposit sebanyak sekian jumlah (tidak dinyatakan) pada 28 September 2017 bagi penginapan kami selama tiga hari dua malam iaitu pada 16 dan 18 Oktober 2017.

Pada hari yang telah dijanjikan, setibanya saya bersama ahli keluarga yang lain di resort itu, alangkah terkejutnya kami dan berasa sangat-sangat kecewa kerana resort tersebut seolah-olah seperti villa yang telah lama ditinggalkan dan tidak diselenggara.















0/komen