Jangan pandang enteng dengan petua dapur mak mak ini. Sebab sebelum berkongsi cara, tentu tentulah mak-mak dah cuba dulu. Macam itu jugalah petua nak kilatkan atau hilangkan kuali karat yang berkerak hitam itu.
Tujuh petua dapur yang dikongsikan mak-mak ini adalah bukti nyata yang cara ini memang berkesan hilangkan kuali karat dan kerak hitam. Yang mana ilmunya berguna sungguh untuk mak-mak yang ada masalah nak kilatkan balik kuali hitam macam baru beli.
7 Petua Dapur Mak Mak Hilangkan Kuali Karat
Petua 1 : Guna Asam Keping
Suka aaihh.. yang hitam boleh jadi putih pulak.Kalau rajin sental, berkilat lagi tuh.
Petua Sental Bontot Kuali Kilat Lip Lap
- Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk).
- Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.
- Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam tu rendam selama 4-5 minit.
- Angkat kuali atau periuk, sejukkan jap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.
- Time sental tuh, kurangkan mengunakan air.
Happy sentaling uolss!
Petua 2 : Guna Sabun Cap Buruh
Cara Mudah Hilangkan Kesan Degil Periuk Atau Kuali
Kali ni tips hilangkan kesan degil periuk/ kuali kat rumah anda. Tajuk kenkonon rajin sangat masak sampai hitam periuk kuali tu kan. Tapi kalau dah hitam-hitam mana best nak masak. Rasa nak beli baru je kan.
Sekarang ni zaman berjimat cermat. Mana yang boleh jimat, kita jimatkan ya. Jangan membazir. Lagipun kos dia alahaiiii murah sesangat.
Tahu petua ni pun dari kedai-kedai India yang jual periuk kuali tu lah. Den ni pun tanya. Macamana nak bagi kilat balik bila dah hitam-hitam. Dia kata pakai sabun ni la. Ok fine.. meh kita try!
Petua 3 : Guna Sabun Mandi Dan Sabun Labour
Penangan sabun mandi & sabun jenama labour. Turun temurun guna sabun mandi & labour untuk sental kuali kasi berkilat macam ni.
Cara-cara Nak Kasi Kuali Kilat Macam Ini
Petua dia senang je. Dari mula kita beli kuali, kena rajin sental guna sabun mandi dan sabun labour. Bila sental gunalah penyental aluminium kasa untuk sental kuali tu.Kalau kerak kuali dah tebal sangat, kena ada kesabaran yang tinggi bila sental. Tangan-tangan dan bahu pun boleh lenguh juga.
Petua 4 : Guna Sabun Basuh Dan Berus Periuk Halus
Bagi yang suka masak , ini petua terbaik uall. Asyik nak muka ja cantik putih feloless, kuali kat dapur berkarah hitam berdaram.
Bahan-bahan: Berus periuk halus, Sabun Mandi
Depan belakang berkilat uall.Ampa gosok sat ja merelip lip lap lip lap.Cantik banq hang. Share untuk kawan-kawan kita na bagi mak mertua puji periuk kuali umah menantu merelip kilat rajin sungguh aiihh.
Petua 5 : Guna Soda Bikarbonat
Kuali memasak memang susah nak dibersihkan. Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya. Nak ‘grooming’ kuali supaya cantik kembali? Jom cuba cara di bawah ni.
Bahan bahan: Soda bikarbonat secukupnya. Berus dawai. Sedikit air.
Cara cara
- Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.
- Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.
- Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.
- Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.
- Selamat mencuba!
Petua 6 : Rebus Guna Kulit Nanas
Sebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan kulit nenas.
Caranya:
- Rebus kulit nanas. Masa reabus kulit nanas itu biar lebih pada tanda hitam.
- Ambil kulit nanas tu gina senduk, gosok-gosok.
- Kemudian sental macam biasa. Boleh kilat semula.
Petua 7 : Guna Pencuci Harpic
Rendam semalaman kuali anda yang buntutnya dah berkarat tu dengan pencuci Harpic.
Kemudian, gosok dengan penggosok periuk. Sental lagi dengan pencuci Harpic. Buatlah sehingga berkilat.
Selamat mencuba.
haa.. dah tahukan 7 cara petua dapur mak-mak ini. tengok kuali yang dikongsikan mak-mak ini buat kita rasa tak sabar nak cuba kan. lagipun, ada bahan-bahan itu memang mudah nak jumpa di rumah sendiri. jadinya, pilihlah mana-mana yang berkenan di hati ya.
Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain…
Catat Ulasan