Seekor biawak komodo sepanjang lebih tiga meter menelan hampir separuh badan seekor monyet di Indonesia baru-baru ini.
REPTILIA ini mengambil masa hanya beberapa saat untuk menelan mangsanya yang masih hidup.
JAKARTA - Detik menggerunkan memaparkan seekor biawak Komodo menelan seekor monyet yang masih hidup dirakam di Indonesia.
Rakaman itu baru-baru ini menunjukkan biawak sepanjang lebih 3 meter tersebut menelan kepala dan akhir sekali ekor mangsanya.
Kejadian itu berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.
Biawak Komodo merupakan antara pemangsa paling ganas di dunia dan boleh menelan haiwan sehingga 80 peratus saiz badannya sendiri.
Walaupun reptilia itu diketahui umum memakan babi hutan, rusa dan ular, sebanyak 10 peratus dietnya terdiri daripada anak biawak Komodo.
Binatang buas itu boleh bergerak pantas selaju 25 kilometer sejam, manakala air liurnya pula berwarna kemerahan dan mengandungi 50 jenis bakteria.
Satu gigitan biawak Komodo boleh membunuh mangsanya. Haiwan yang terkena gigitan biawak itu akan mati akibat keracunan dalam darah. Reptilia tersebut pula akan menelan mangsanya sebelum ia mati.
Sejak 40 tahun lalu, biawak Komodo dilaporkan telah membunuh sekurang-kurang empat orang manusia.
Catat Ulasan