Gudang Simpanan Emas Terbanyak Di Dunia



Kalau bukan tempat menyimpan emas terbesar pernah ada,gudang ini masih dikatakan tempat tersimpannya emas paling banyak di dunia..untuk rekod semua emas ni bukan amerika punya..ada yang disimpan oleh syarikat gergasi dan orang kaya seluruh dunia..nak masuk sini pun kena buat temujanji 3 bulan sebelum pergi..


Terletak dikawasan lower Manhattan financial district, dikota New York . sebuah bangunan bercirikan Renaissance bediri tegak menjadi pusat perhatian disana.Setanding laa dengan gaya kehidupan mewah disana antara jalan Nassau dan jalan Hayden ,bangunan ini seakan didirikan sebagai istana yang sangat layak dikunjungi dengan kamera dan pintu yang dijaga oleh polis bersenjata lengkap cukup untuk mengingatkan siapa saja yang mungkin melihat,begitu ketatnya sistem keselamatan untuk sebuah bangunan biasa. inilah yang kita kenal sebagai the New York Federal Reserve Bank.



Lima tingkat di bawah tanah bangunan inilah tersimpanya simpanan jongkong emas ketul terbanyak di dunia..

Federal Reserve Bank of New York mengekalkan bilik kebal yang terletak 80 kaki (24 m) di bawah paras jalan dan 50 kaki (15 m) di bawah paras laut,terletak di atas batu hampar Manhattan. Menjelang tahun 1927, peti besi ini mengandungi 10% daripada rizab emas rasmi dunia.

Pada masa ini, ia adalah dikatakan yang gedung emas terbesar di dunia (walaupun ini tidak boleh  disahkan kerana bank-bank Switzerland tidak melaporkan stok emas mereka) dan memegang kira-kira 7,000 tan (7700 tan jangka pendek) bulion emas ($ 415.000.000.000 Oktober 2011), lebih daripada Fort Knox.











0/komen