Pembeli ‘Curi’ Troli Bakul Pasar Raya Jadi Trend



SINGAPURA – Anda pasti biasa melihat nota di pintu masuk pasar raya di sini yang mengingatkan pelanggan bahawa troli barang hanya untuk penggunaan di dalam kawasan pasar raya atau pusat membeli belah tersebut.

Peringatan itu dikeluarkan selepas didapati banyak troli bakul plastik hilang akibat disorong pulang oleh pembeli; mungkin kerana reka bentuknya yang beroda kecil di dasar bakul dan ada pemegang tangan seperti galah pendek.

Menurut jurucakap Sheng Siong, pasar raya tempatan itu merekodkan kehilangan secara purata 180 troli bakul setiap bulan sepanjang tahun; semuanya dicuri pelanggan secara tidak sengaja membawa balik ke rumah.

Manakala Cold Storage; yang turut mengendalikan rangkaian 61 pasar raya Giant di sini, menyatakan sebuah cawangannya di Jurong East kehilangan 600 troli bakul pada tahun berkenaan , iaitu rekod tertinggi di seluruh negara.

Pihak pengurusan pasar raya tersebut telah membuat laporan polis mengenai ratusan kehilangan troli bakul dan paling dahsyat menurut mereka, kes-kes serupa turut terjadi di semua 47 buah cawangan Cold Storage yang lain.

0/komen