Prototaip Enjin Kapal Angkasa Starship


Space X ingin melakukan misi ke Marikh seawal 2023. Bagi merealisasikan impian mengkoloni planet paling hampir ke bumi ini kapal angkasa Spaceship akan digunakan. Ujian pertama enjin Spaceship telah berjaya dilakukan semalam menggunakan kapal angkasa yang diberi nama jolokan Starhopper.


Dalam ujian sulung ini Starhopper berjaya terbang dan terapung pada ketinggian 22 meter sebelum melakukan pendaratan. Ujian ini mengalami beberapa masalah teknikal beberapa hari yang lalu. Menurut Elon Musk, pihak SpaceX akan melakukan ujian kedua menerbangkan Starhopper ke ketinggian 200 meter dalam masa beberapa minggu.

Ujian dilakukan enam bulan selepas prototaip awal Starship yang berskala kecil diperlihatkan 

Walaupun kapal angkasa sebenar masih belum dihasilkan, angkasawan pertama misi ke bulan menggunakan Starship telah pun diumumkan pada penghujung tahun lalu.

0/komen