Bahan-bahan: (Mee Rebus)
- 2kg mee kuning
- 1/2 kg daging / tetel / tulang (Rebus daging dan tetel di hiris)
- 4 biji keledek (di rebus & kisar)
- 1 cawan tauco (di kisar)
- 1/2 cawan udang kering (di rendam & kisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 6 ulas bawang merah (dikisar)
- 1 inc halia (di kisar)
- 1 inc lengkuas (di hiris)
- 3 batang serai (di ketuk)
- 5 sudu rempah kari daging
- 2 keping asam keping
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit minyak
- Sedikit cili giling
Bahan-bahan: (Kerupuk Udang)
- 1/2 cawan udang kering (rendam dan kisar)
- 1/2 cawan udang pepai
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- 1 biji telur
- secubit garam
Bahan-bahan: (Hiasan)
- Taugeh
- Tauhu
- Telur rebus
- Cili hijau & cili merah
- Limau kasturi
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Kicap manis
Cara-cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai dan lengkuas. kisar sekali
lengkuas bersama bahan kisar.
2) Kemudian masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan
serai.bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak. Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
3) Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
masukkan rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan
pes.
Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air. Boleh gunakan air rebusan daging. Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar.
4) Masak lagi hingga cili betul-betul garing. masukkan tulang, bagi yang
menggunakan tulang.
Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
5) Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. tambahkan gula Melaka bagi kuah yang rasanya lemak. juga tambahkan asam keping.
6) Dalam resepi tak menggunakan asam keping.
Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya.Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat.
7) Udang tu direndam dan kisar halus. Udang pepai tak payah kisar.
Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas supaya kerupuk tidak mernyerap minyak yang banyak. Bila dah panas bolehlah coreng.
8) Cara gorengnya macam buat keriuk-keriuk masa goreng pisang. boleh titik-
titik ( drop) terus dalam minyak dengan menggunakan sudu.
Jangan banyak-banyak, kalau banyak jadi jemput-jemput pulak. Dia sikit-sikit. Satu lagi boleh seletkan tepi kuali nipis-nipis. Kemudian simbah dengan minyak sikit-sikit bagi dia jatuh dalam ninyak. Ikut lah mana-mana cara dan kaedah yang selesa. Bila dah garing angkat dan toskan minyaknya.
Bila dah sejuk masuk dalam bekas tertutup supaya dia senantiasa rangup.
9) Siap. Tabur kerupuk.
Catat Ulasan