Teknik Scammer Paling Baru




Yang pakai Maybank hati – hatilah. Ini teknik scammer paling baru.

TEKNIK MENIPU PAYMENT

  • Buat SCHEDULED PAYMENT
  • Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang..Contoh : Customer inform akan bank in pada  20 Oct 2018. Tapi masa dia buat online transfer, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 23 Oct 2018
  • Ini bermakna online seller akan menerima bayaran tersebut pada 23 hb Oct. Bukan 20 hb Oct
  • Selepas selesai transaksi, resit akan di screenshot dan buyer tersebut akan hantar resit tersebut kepada seller sebagai bukti bayaran
  • Disini masalah bermula, Resit yang pihak bank keluarkan SEBIJIK SEJIBUN SAMA dengan normal transfer. Tiada cacat cela. Tiada langsung Remark mengatakan transaksi ini adalah sheduled transfer
  • Paling best pada resit ada perkataan SUCCESSFUL
  • Seller terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun
  • Bila buyer dah dapat ref number barang, dia akan cancel SCHEDULED PAYMENT tersebut.
  • Makanya melopong lah online seller berkenaan bila nak close account hujung bulan
  • Kerana walaupun transaksi dibuat pada 20 October, resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 20 October
  • Tapi duit tarak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT which anytime je buyer boleh cancel
  • Lagi haru ialah, info dari Maybank Center, walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2 ja, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa apa amount yang dia nak dan set kan scheduled payment
  • Tanpa perlu cancel transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem detect baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal
  • Maka yahu yahu lah penipu dapat barang tanpa perlua buat bayaran


Kes ni pernah terjadi pada 27 Jun 2018. Buyer mendesak nak barang secepat mungkin. Sebab asyik desak je saya terhidu bau ikan dan buat semakan baki

Bila dah kantoi baru dia mengaku dia buat scheduled payment. Tarikhnya 30 Jun 2018. Silap klik katanya. Desak nak barang juga dan make promise payment akan masuk 30hb

Saya berkeras tak nak bagi barang dan minta dia cancel scheduled payment ni, dan buat paymet lain

Terus senyap…. sunyi…. dan sepi ….

Sampai hari ni

HATI2 LAH ye… SEMAK AKAUN SELALU



0/komen