Teksi Panduan Automatik Di Singapura



Nampaknya  nuTonomy menjadi  syarikat  operasi teksi panduan automatik yang pertama di Singapura

Sebanyak enam kenderaan nuTonomy telah menawarkan perkhidmatan teksi elektrik terhad di One North. Kereta elektrik Renault Zoe dan Mitsubishi i-MiEV yang diubahsuai akan membawa penumpang di dalam kawasan perindustrian sebesar 2.5 batu persegi ini.

Seperti Uber, perkhidmatan nuTonomy dilanggan menggunakan aplikasi peranti pintar. Syarikat ini menambah armada teksi panduan automatik mereka kepada 12  ke seluruh Singapura pada tahun 2018  yang lalu. Walaupun ia mampu memandu secara automatik, setiap teksi nuTonomy masih mempunyai seorang pemandu bagi tujuan keselamatan.

0/komen