Terjun Kolam Buaya Disebabkan Tekanan



Seorang wanita yang disyaki menderita tekanan, melompat ke dalam kolam yang ada buaya di sebuah pusat perlancongan di Thailand. Nyawa wanita berusia 36 tahun tersebut tidak dapat diselamatkan, akibat gigitan buaya di kolam buaya di Samut Prakarn, 20 kilometer dari kota Bangkok.

Menurut suaminya, Sunai Jisathra, 55, dia diberitahu mengenai khabar tragis isterinya tersebut, oleh seorang pekerja di tempat tersebut. Kepadanya, petugas tempat itu mengatakan, isterinya tiba-tiba saja melompat ke dalam sebuah kolam yang penuh dengan buaya.

Saat itu dia mengaku tidak terkejut, lantaran isterinya itu memiliki masalah kewangan dan menderita tekanan dalam waktu yang lama.

Walaupun demikian, pihak tempat kolam buaya itu belum mahu mengakui adanya insiden tersebut. Sunai menyatakan tidak akan menuntut pihak kolam itu, dimana yang hanya dia inginkan adalah kebenaran tanpa ada yang harus disembunyikan.




0/komen