UFO Di Grand Canyon...?



PHOENIX, Arizona - Seorang juruterbang merakam dua objek terbang tidak dikenali (UFO) meluncur di ngarai Grand Canyon, Arizona.

Juruterbang tersebut, Mike Wagner memuat naik klip video pelik itu di laman perkongsian video YouTube, Rabu lalu.

Rakaman itu bermula dengan memaparkan panorama di Taman Negara

Grand Canyon dalam negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Sejurus kemudian, dua objek terbang dilihat pada sudut kiri klip video tersebut.

Dua UFO itu terbang dalam formasi dan selari di lokasi pelancongan popular tersebut.

Peminat teori konspirasi dikenali sebagai The Hidden Underbelly, kemudian berkongsi rakaman itu.

Sejak itu, beribu-ribu orang telah menonton klip video tersebut.

“Kapal makhluk asing,” kata seorang pengguna media sosial, manakala seorang netizen lain berkata: “Ia mengagumkan”.

Seorang lagi netizen bagaimanapun berkata, dia mengalami pengalaman serupa di lokasi sama.

“Saya sedang menonton rakaman video terbaharu saya yang dirakam di Arizona dan melihat objek terbang berbentuk seperti cerut,” katanya.


0/komen