Bangga Miliki Ibu Jari Luar Biasa Panjang



BOSTON, Massachusetts - Seorang pelajar kolej, Jacob Pina berbangga kerana memiliki ibu jari yang sangat ketara saiznya sepanjang 13 sentimeter (5 inci).

Jacob, 20, yang berasal dari negeri Massachusetts berkongsi klip video memaparkan ibu jarinya yang luar biasa .

Rakaman video itu bermula dengan Jacob menggenggam jari jemari dan hanya menonjolkan ibu jarinya.



Pemuda itu berkata: “Hai semua, ini adalah ibu jari saya. Ya, ia sangat panjang dan asli. Saya tidak pernah kalah dalam perlawanan ibu jari.”

Jacob memberitahu, dia sendiri tidak pasti mengapa saiz ibu jarinya begitu berbeza berbanding jari-jarinya yang lain, namun, dia mengaku amat berbangga dan tidak kisah untuk menunjukkan keistimewaan tersebut kepada pengikutnya di laman sosial.

“Apabila mereka melihat ibu jari saya, mereka sangat terkejut dan bertindak membandingkan ibu jari mereka dengan ibu jari saya. Saya rasa amat berbangga dan teruja.

“Adalah hebat untuk menjadi seorang individu yang berbeza daripada orang lain dan menunjukkan kelebihan diri sendiri,” katanya 600

0/komen