Black Shark Power Bank



Black Shark adalah pengeluar peranti yang memfokuskan telefon pintar seperti Black Shark 2 dan Black Shark 2 Pro. Jenama ini disokong oleh Xiaomi dan menawarkan harga peranti yang murah berbanding ROG Phone atau Razer (harga pelancaran).

Terkini, Black Shark dilihat hadir dengan aksesori kuasa tersendiri – Black Shark Power Bank. Ia adalah power bank dengan kapasiti bateri 10,000mAh, mempunyai rekaan yang ranggi, nampak garang dan mirip dengan panel belakang peranti mereka. Power bank ini mampu mengecas Black Shark 2 Pro sehingga 43% dalam masa hanya 30 minit.



Aksesori kuasa ini hadir dengan 2x port USB-A dan 1x port USB-C (in/out). Kuasa pengecasan adalah 18W dan menyokong pelbagai protokol pengecasan pantas asas seperti PD, AFC, FCP, QC3.0 dan beberapa lagi. Ia juga mempunyai lampu LED dan suis untuk menukar ke kuasa pengecasan yang lebih perlahan untuk menegcas aksesori seperti GamePad, set fon kepala atau aksesori lain.



Harga jualan adalah RMB119, iaitu sekitar RM70. Ia sudah pun dijual di China dan jika ada penjual yang membawa masuk, harga jualan pasti sekitar RM90-RM120.

0/komen