Gambar Mona Lisa Di Gergasikan



BEBERAPA orang yang melalui kawasan padang di Clapham Common terpegun memerhatikan gambar yang dipamerkan.

LONDON - Sebuah lukisan gergasi Mona Lisa yang dihasil menggunakan teknik 'selfies' atau gabungan beratus-ratus imej potret individu telah dipaparkan di sebuah padang di Clapham Common di sini.

Lebih menarik lagi, mata gambar Mona Lisa itu didakwa seperti bergerak memerhatikan sesiapa sahaja yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

Lukisan berukuran 14 meter tinggi itu telah dipamerkan di tenggara bandar raya ini sebagai usaha untuk mempromosi satu program seni baharu, Sky Arts.

Karya hasil seni gergasi itu diilhamkan oleh sekumpulan artis seni di Brighton, di sini.

Ia dihasilkan dengan hasil gabungan 84 imej potret diri sendiri dan dianjurkan oleh seorang artis seni, Joan Bakewell.

"Saya yakin telah memeranjatkan beberapa pejalan kaki di kawasan tersebut hari ini," kata Bakewell.

Satu bancian yang dilakukan Sky Arts menunjukkan hampir 25 peratus responden menamakan lukisan Mona Lisa sebagai lakaran visual kegemaran mereka.

Keputusan undian itu mendahului gambar hasil karya Andy Warhol yang menghasilkan lukisan pelakon terkenal Marilyn Monroe.


0/komen