Langsuir Terbang Di Jalan Grik





Menakutkan bila melalui jalan grik bagi perjalanan ke kuala lumpur,perak , perlis dan lain2 yang melalui jalan tersebut.

Jalan yang berbukit dak tidak mempunyai lampu jalan membuatkan jalan tersebut senyap sunyi, tetapi nasib baik juga kerana jalan tersebut digunakan oleh bas2 express untuk ketempat yang penulis sebutkan tadi jadi tidaklah begitu sunyi.

Kita bukan nak bercerita tentang jalan yang tiada lampu tetapi kita  nak bercerita tentang kisah sebalik jalan yang berbukit bukau itu. Menakutkan bila mendengar satu cerita berkenaan jalan tersebut.

Dimaklumkan tak lama dulu ada satu kisah seorang perempuan yang melalui jalan tersebut dan tanpa diduga tayar keretanya pancit. Tak berapa pasti sama ada wanita itu rakan2 atau tidak tetapi apa yang pasti wanita tersebut bersama anak kecil dan masa kejadian suaminya juga tiada

Cuba bayangkan seorang wanita bersama anak kecil melalui jalan begitu, memang kita tabik spring  beraninya  dia.

Masa kejadian selepas wanita tersebut sedar yang tayar keretanya pancit dia berhenti dan turun untuk melihat keadaan tayar tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia keluar dari keretanya ada seekor sang langsuir yang ketawa dengan kuatnya.

Wanita itu mula takut kerana itu adalah pegalaman pertamanya. Langsuir tersebut terbang dan keliling kereta, perasaan wanita itu pada masa tu tuhan jer yang tahu. Apa tidaknya....jumpa benda yang pelik dan menakutkan, secara peribadi kita  belum pernah jumpa benda2 aneh begini.

Nasibnya baik tak lama kemudian seorang pemandu lori melalui jalan yang sama....dan syukur juga kerana pemandu lori tersebut seorang yang baik hati berhenti dan tolong wanita tersebut.

Pemandu lori itu memberitahu supaya tayar yang pancit tadi tak perlu baiki naik jer seperti biasa biar pun dalam keadaan begitu katanya, tempat yang wanita berhenti tadi merupakan tempat langsuir itu selalu berada dan dah kira macam tempat itu adalah kawasan dia. So bahaya jika dia turun disitu tambahan langsuir memang suka jika ada budak kecil.

Tak lama selepas itu wanita tersebut sampai dikawasan perkampungan sambil diikuti oleh driver lori tadi, penduduk disitu tidaklah ramai tapi ada sesebuah rumah yang terpencil. Setibanya disitu pemandu lori tadi membantu menukar tayar kereta tersebut.

Langsuir memang suka dengan budak kecil, kalau ikut sejarah langsuir merupakan seorang perempuan yang mati ketika mengandung. Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuanyang cantik dan mengoda lelaki agar mengikut mereka ketempat sunyi.

Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darahmereka. Ia memang suka akan kanak2 kerana disaat kematianya dia sedang mengandung.

Itulah sedikit sebanyak yang kita  nak kongsikan bagi yang ingin berjalan jauh minta orang lelaki yang temankan atau bersama suami. Dan perlu ingat sebagai orang islam kita kena amalkan membaca ayat kursi kerana makhluk begini takut dengan ayat2 suci al-quran.


0/komen