Lembaga Bermata Merah



JAKARTA - Sejenis lembaga yang memiliki mata merah menyala dirakam oleh kamera pemetaan Google Maps, demikian dakwa pendukung-pendukung teori konspirasi.

Sorotan video menunjukkan seorang pengguna Google Maps membuat penemuan itu di Kampung Dukuh Kali Bener, Jawa Tengah, Indonesia.

Apabila dia menukar lensa kepada pemandangan jalanan, senario gelap gelita dan langit berwarna ungu kelihatan

Lelaki itu kemudian menggerakkan kamera ke sudut kanan dan tiba-tiba, satu lembaga berwarna putih muncul dalam imej tersebut.

Apabila dia membesarkan gambar itu, lembaga menyeramkan itu didapati mempunyai sepasang mata yang merah menyala. Sorotan video menyeramkan itu dimuat naik di laman YouTube.

Media tempatan di Indonesia menyertai pengguna Youtube tersebut, zslife productions dengan menyiarkan penemuan itu awal bulan ini.

Klip video tersebut mengundang pelbagai reaksi dan pendapat netizen.

Sesetengah netizen menyatakan bahawa lembaga itu adalah pocong yang dianggap hantu oleh penduduk di Malaysia dan Indonesia.

“Ini menakjubkan, jelas sekali lembaga ini adalah pocong,” kata seorang pengguna YouTube.

“Ini adalah pocong yang lehernya patah,” kata seorang netizen lain.

Bagaimanapun, sebilangan lagi netizen mempertikaikan kesahihan n gambar tersebut dan menganggapnya sebagai satu ‘jenaka’.


0/komen