Memohon Pada Allah Agar Tidak Diuji Dengan Penyakit Kritikal



Ramai sahabat dan orang sekeliling kita hari ini yang diuji dengan pelbagai penyakit berat seperti kanser, buah pinggang dan sebagainya yang sukar dirawat.

Tahukah kita, antara doa Nabi SAW ialah memohon pada Allah agar tidak diuji dengan penyakit kritikal yang payah sembuh atau tak mampu ditanggung diri?

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ جَÙ†ِّبْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ†ْÙƒَرَاتِ الْØ£َØ®ْلاَÙ‚ِ ÙˆَالْØ£َعْÙ…َالِ ÙˆَالْØ£َÙ‡ْÙˆَاءِ ÙˆَالْØ£َدْÙˆَاء
Mafhumnya: "Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat"

[riwayat al-Tirmidzi].

Doa Nabi SAW ini sangat ringkas dan padat.

Keempat perkara ini sangat penting bagi kehidupan kita.

Jadikanlah ia sebagai doa tetap kita dengan memelihara asbab mustajabnya doa.
Moga Allah memelihara kita dari segala penyakit yang menjadi "mimpi ngeri" buat kita.

Dr. Kamilin Jamilin

0/komen