Siapa kenal pelakon kacak era 50 an dulu? Allahyarham Mustapha Maarof . Ini adalah ayah beliau yang di bunuh oleh gangster gangster yang di dalangi PKM komunis. Pemilik Bank Melayu pertama yang menggoncang ekonomi Tanah Melayu ketika itu yang dikuasai oleh British dan kongsi kongsi gelap pendatang Cina
Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, pejuang ekonomi Melayu... Allahyarham tak sanggup melihat orang Melayu berhutang dengan ceti , maka ditubuhnya Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama.
Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa Melayu tanpa orang Melayu dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.
Pemikiran dan tindakan Maarof yang begitu futuristik itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking milik kaum cina yang hanya memberi pinjaman kepada kaum cina tetapi tidak kepada kaum melayu. Kaum melayu di kena kan bunga yang amat tinggi apabila terpaksa meminjam dari ceti dan kongsi kongsi gelap. Dia di ugut dan di suruh menutup bank beliau oleh kongsi gelap , tetapi beliau tidak tunduk. Akibat nya beliau di ugut dan kongsi kongsi gelap ini telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta.
Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong.
Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.
bertapa dengkinya mereka sejak puluhan tahun yang lalu....
Catat Ulasan