Samsung Galaxy A10s


Samsung telah pun memperkenalkan Galaxy A10s baru-baru ini, dan kini Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy A10s hadir dengan skrin 6.2-inci dengan rekaan bertakuk, dan turut menjadi fokus pada telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti besar, iaitu mencapai 4000mAh.

Telefon pintar ini hadir dengan memori 2GB RAM, storan 32GB, dan menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB. Telefon pintar ini juga turut dilengkapi dengan sokongan bicu-audio 3.5mm.

Untuk rakaman gambar, Galaxy A10s menggunakan dwi-kamera gabungan 13MP + 2MP dibelakang, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini di Malaysia pada harga RM529.

0/komen