ATHENA (Advanced Test High Energy Asset) ialah salah satu dari beberapa sistem senjata laser yang sedang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Amerika Syarikat. Pertama kali di laporkan pada tahun 2015, ia berjaya memusnahkan enjin sebuah lori dari jarak 1 batu. Kini ia berjaya lagi melepasi ujian selepas berjaya memusnahkan lima dron yang sedang terbang di udara.
Ini ialah peningkatan kemampuan ATHENA kerana ia menembak sasaran yang bergerak dalam masa beberapa saat. Dalam ujian memusnahkan lori pada tahun 2015 berkenaan, lori tidak bergerak dan sasaran hanya musnah selepas ditembak selama seminit.
ATHENA dibangunkan dengan tujuan menjadi sistem pertahanan dari serangan misil dan dron di masa hadapan. Buat masa ini ATHENA menghasilkan laser berkuasa 30KW. Lockheed Martin bercadang meningkatkan kuasa ke 500KW supaya sasaran dapat dimusnahkan dengan lebih pantas.
Catat Ulasan