Sonos Move Di Perkenalkan


Sonos Move telahpun di perkenalkan dan ia merupakan pembesar suara pintar pertama Sonos yang menyokong tambatan bluetooth.

Sono Move ialah pembesar suara pintar yang direka untuk memudahkannya dibawa kemana-mana dengan bateri terbina. Ia hadir dengan dermaga pengecasan khas apabila kehabisan bateri. Terdapat juga port USB-C pada bahagian belakang yang membolehkannya dicas tanpa menggunakan dermaga.

Pada bahagian atas terdapat butang kawalan fizikal. Sebuah tempat pemegang khas pula diletakkan pada bahagian belakang bagi memudahkan ia dibawa. Butang fizikal kuasa dan pemilihan mod WiFi dan Bluetooth juga terletak pada bahagian belakang. Tidak seperti Google Home dan Apple HomePod yang menggunakan bahan kekisi fabrik, Move mempunyai kekisi yang diperbuat daripada logam. Sonos Move dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Ogos hadapan.

 

0/komen