Undang-Undang Seru-Pandu Bermula 12 Oktober



Para pemandu seru-pandu sepatutnya mendapatkan lesen PSV mereka pada 12 Julai sebelum mereka boleh memandu untuk perkhidmatan tersebut secara sah di jalan raya.

Pada hari pertama undang-undang tersebut sepatutnya dikuatkuasakan, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh para pemandu tersebut untuk mendapatkan lesen PSV dan juga pelekat seru-pandu yang menunjukkan mereka adalah pemandu seru-pandu yang sah selama tiga bulan untuk mendapatkan lesen dan pelekat tersebut.

Bermula 12 Oktober kelak, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula menguatkuasakan undang-undang tersebut semula, dimana saman akan dikeluarkan untuk kesalahan-kesalahan berikut:

  • Tidak mempunyai permit kenderaan seru-pandu (eVP)
  • Tidak mempunyai lesen PSV
  • Tidak mempunyai pelekat kenderaan seru-pandu.

Pihak JPJ juga telah mengeluarkan maklumat mengenai jumlah para pemandu seru-pandu yang telah ditahan kerana melakukan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut dan diberi nasihat untuk memastikan mereka mendapatkan lesen, permit dan pelekat yang diperlukan supaya mereka tidak disaman apabila undang-undang tersebut dikuatkuasakan sekali lagi.


JPJ nampaknya akan meningkatkan operasi dan rondaan untuk memastikan semua pemandu perkhidmatan seru-pandu semuanya memandu dengan lesen dan permit yang sah.

0/komen