Dua Musang Albino Berkeliaran



Dua ekor musang albino dirakam berkeliaran di sekitar sebuah taman di utara London, baru-baru ini.

LONDON - Dua ekor musang albino dirakam berlari-lari di sebuah taman di utara London baru-baru ini.

Seorang lelaki, Chinamski Pereira, 42, ternampak musang tersebut ketika duduk di balkoni kediamannya awal bulan lalu.

Dua ekor musang itu dilihat berlari di celah-celah pagar sebelum menghala ke arah sebuah taman di Angel, utara London.

Pereira yang bekerja sebagai pengurus muzik merakam gambar musang berwarna putih itu menggunakan telefon pintarnya.

“Pada mulanya, saya sangkakan haiwan itu merupakan dua ekor anjing yang sedang bermain. Namun, saya kemudiannya melihat dengan lebih teliti dan mendapati kedua-duanya adalah musang albino,” kata Pereira.

“Saya biasa melihat kehadiran musang di sini tetapi untuk melihat kemunculan dua ekor musang albino pada satu-satu masa adalah peluang yang amat jarang,” tambahnya.

Haiwan albino kelihatan berwarna putih kerana kurang pigmen melanin pada kulit dan bulunya.

0/komen