Fenomena 'Bulan Tuai'



Bulan kelihatan lebih cerah dan lebih besar daripada biasa di langit Cambridgeshire, Britain pada Sabtu lalu

LONDON - Gambar Harvest Moon atau 'Bulan Tuai' di langit Britain dirakam oleh seorang jurugambar malam kelmarin.

Jurugambar hidupan liar, Andrew Fusek Peters merakam gambar sekawan kuda berlatarbelakangkan bulan mengambang itu di kawasan berbukit, Caer Caradoc, Shropshire, kira-kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan) kelmarin.

Bulan penuh yang muncul pada September 2019 itu digelar ‘Bulan Tuai’ kerana ia berada paling dekat dengan ekuinoks musim luruh yang berlaku pada 22 September di Hemisfesra Utara.

Pada masa yang sama, bulan penuh itu juga berada paling jauh di orbitnya pada jarak 404,999 kilometer dari Bumi dan dikenali sebagai ‘Bulan Mikro’ dengan kedua-dua fenomena berlaku serentak.

Ia juga digelar Bulan Mikro kerana Bulan kelihatan 14 peratus lebih kecil dan 30 peratus lebih malap berbanding biasa.

Walaupun Bulan Tuai kelihatan lebih besar, itu adalah persepsi pandangan manusia sahaja.

Lokasi Bulan yang terletak di ufuk menyebabkan ia kelihatan lebih besar.

Pada zaman dahulu, bulan penuh itu menyebabkan malam hari menjadi lebih terang, justeru memberikan lebih masa kepada petani untuk menuai hasil tanaman mereka. 

0/komen