SOROTAN video menunjukkan makhluk misteri berenang di Sungai Yangtze, wilayah Hubei baru-baru ini.
HUBEI, China - Rakaman makhluk misteri mirip raksasa Loch Ness menjadi tular di China dan mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk ia mungkin haiwan daripada cerita dongeng.
Satu klip video yang dirakam di Sungai Yangtze, wilayah Hubei di barat China dan berhampiran Empangan Tiga Gaung memaparkan pemandangan luar biasa tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih enam juta tontonan dan beribu-ribu Like selepas dikongsi di laman web tempatan popular, Pear Video. Klip video itu memaparkan haiwan menyerupai seekor belut gergasi atau ular bergerak di permukaan air.
Ramai yang menggunakan hashtag #ThreeGorgesMonsterPhotos, malah beberapa pakar turut memberikan pendapat mereka.
Raksasa menyerupai Loch Ness ini mungkin belut gergasi, kata beberapa saintis.
Dalam satu temu bual dengan Pear Video, Profesor Wang Chunfang dari Universiti Pertanian Huazhong menolak idea bahawa ia merupakan spesies baharu dengan berkata, haiwan itu berkemungkinan adalah seekor ‘ular air’.
Sebilangan netizen berkata, faktor luaran seperti pencemaran berkemungkinan menyebabkan ular air tersebut mengalami mutasi dan saiznya menjadi besar, namun teori itu gagal meyakinkan orang ramai.
Catat Ulasan