Kanak-Kanak Tidur Dalam Kotak Kucing



SEBUAH kotak dan selimut ditemui di anjung rumah di Buffalo, New York

BUFFALO, New York - Polis di New York berusaha mengenal pasti sama ada terdapat kaitan antara penemuan seorang budak lelaki berumur tiga tahun yang dijumpai sedang tidur di dalam kotak di anjung rumah seorang wanita dan penemuan mayat di dalam sebuah kereta rentung pada petang hari yang sama.

Budak lelaki bernama Noelvin itu ditemui tidur bersendirian di dalam kotak kucing, kira-kira 1.6 kilometer dari kereta rentung itu di Buffalo dan lebih 1,900 kilometer dari rumahnya di bandar Orlando, Florida.

Dia ditemui oleh penduduk setempat, Lois Augsberger di anjung rumahnya pada pukul 8 pagi (waktu tempatan), Isnin lepas ketika wanita berkenaan keluar untuk mengambil surat khabar.

“Saya berkata, di mana ibu anda sayang? dan dia menjawab kereta itu terbakar. Itu sahaja yang dia berulang kali katakan,” ujar Augsberger.

Polis berkata, pihaknya kini mencari ibu bapa budak lelaki itu, Nicole Merced Plaud, 24, dan Miguel Anthony Valentin-Colon, 31, bersama rakan keluarga berkenaan, Dhamyl Mirella Roman-Audiffred, 29, yang tidak dijumpai sejak Ahad lalu.

Beberapa jam selepas Augsberger menemui Noelvin, detektif-detektif menjumpai sebuah kereta rentung di kejiranan Black Rock di sini pada pukul 6 petang bersama mayat manusia di dalamnya


SEORANG anggota polis mendukung Noelvin dia diselamatkan di Buffalo pada Isnin lalu.

0/komen