Lelaki 'Masukkan' Matahari Ke Dalam Kereta



MOSCOW, Rusia - Seorang wanita merakam gambar yang menunjukkan seorang lelaki seolah-olah 'memasukkan' matahari ke dalam but keretanya baru-baru ini.

Jurugambar, Diana Badmaeva, 37, merakam gambar tersebut ketika matahari sedang terbenam di bandar peranginan Arshad, Rusia.

Dia berkata, gambar itu tidak sukar dirakam seperti yang disangkanya kerana dia telah mengambil banyak gambar matahari terbenam.

“Perkara utama adalah untuk menyusun suasana dikehendaki secepat mungkin kerana matahari terbenam dengan pantas di ufuk dan anda hanya mempunyai masa beberapa minit untuk melakukannya.

“Perkara paling sukar adalah jarak antara model dan kedudukan saya, iaitu kira-kira hampir satu kilometer,” katanya.

Suaminya, Nikolai adalah model yang dirakam gambarnya memasukkan matahari ke dalam but kereta itu pada 9 September lalu.

“Suami dan saya bercakap menerusi telefon supaya dia dapat melakukan seperti yang saya kehendaki,” tambah Diana. 

0/komen