Marah Gambar Menyerupai Hitler




Salford (England): Seorang lelaki begitu marah apabila membuka pasport barunya dan mendapati gambarnya kelihatan seperti bekas pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Stuart Boyd berkata, dia membaharui pasportnya  selepas merancang bercuti di Pulau Rhodes, Greece .

Dokumen itu tiba tepat seminggu kemudian.

Bagaimanapun, apabila pesara paramedik itu membukanya, dia terkejut gambarnya menunjukkan dia mempunyai misai kontot, sekaligus menampakkan dia seperti Hitler.

“Saya amat marah apabila melihatnya. Saya tertekan. Saya tidak pasti proses membaharui pasport. Saya poskan gambar saya dalam Facebook. Hasilnya begitu buruk. Lebih buruk lagi, saya akan menggunakan pasport ini selama 10 tahun,” katanya.

Pejabat Pasport berkata, ia akan menyiasat aduan Boyd.




0/komen