Resepi Mee Rebus



Bahan-Bahan

  • 1 kg mee kuning
  • 4 biji limau kasturi - belah 2
  • 4 biji telur rebus - kupas dan belah 2
  • 150 gm taugeh - buang ekor
  • 2 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
  • 1 pokok daun sup - hiris
  • 1 pokok daun bawang - hiris
  • 2 biji cili hijau - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris
  • bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus ##


Bahan Kuah Mee Rebus

  • 500 gm kaledek
  • 500 gm daging lembu
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca tauco - tumbuk lumat
  • 1 cm lengkuas - dititik
  • 2 sudu besar udang kering - opsyenal
  • 5 biji bawang merah di tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih  di tumbuk halus
  • 1cm halia di tumbuk halus
  • 1/4 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • 5 cawan air


Cara Membuat Mee Rebus

Untuk Kuah

  1. mula hiris nipis daging lembu kemudian rebus hingga lembut dan kaledek juga direbus hingga lembut dan kisar halus.
  2. sementara itu panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga naik bau dan  masukkan rempah kari daging dan taucho, selepas itu kacau hingga rata.
  3. masukkan daging (apabila daging rebus masukkan sekali air rebusanya) juga air, keldek, lengkuas kemudian masak menggunakan api perlahan selama lebih kurang 20 minit.
  4. masukkan kacang tanah yang sudah dikisar halus tadi bersama tomato dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. akhir sekali, masak hingga kuah menjadi pekat.


Cara Menyediakan Mee Rebus

  1. celur taugeh dan mee mengikut kuantiti yang diperlukan dan letakkan dalam bekas yang sesuai. selepas itu kacau kuah dan tuangkan diatas mee.
  2. kemudian letak telur rebus, tauhu, cili hijau dan merah, hirisan daun bawang, bawang goreng dan terakhir sedikit air perasan jus limau kasturi.



0/komen