Ruang Rehat Airbus A380 Bertatah Berlian



Pesawat milik Emirates disaluti jutaan batu kristal di sebuah lapangan terbang di Islamabad, Pakistan.

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Syarikat penerbangan, Emirates telah mendedahkan ruang rehat kelas pertama pesawat Airbus A380 yang bertatah berlian, mengatasi gimik pesawat Boeing 777 miliknya bersalut kristal tahun lalu.

“Kami tahu anda sukakan kilauan pesawat 777 kami, maka kami persembahkan ruang rehat A380 bertatah berlian,” tulis kapsyen sekeping gambar dikeluarkan Emirates.

Bagaimanapun, sesetengah peminat menyatakan gimik itu kurang menarik dan naik taraf yang tidak berbaloi pada reka bentuk klasik ruang rehat tersebut, manakala ada juga meragui gambar berkenaan tulen.

Gimik baharu itu seiring dengan gambar kilauan kristal pada pesawat Boeing 777 Emirates yang dihasilkan menggunakan aplikasi Photoshop menjelang sambutan Krismas tahun lalu.

Awal tahun ini, Airbus mengumumkan mereka akan menamatkan pengeluaran pesawat A380 menjelang 2021, kurang 14 tahun selepas kapal terbang gergasi itu membuat penerbangan pertamanya.

Pesawat tersebut diperakui terlalu besar untuk dijual sebaliknya dicipta bagi memenuhi permintaan ke arah membolehkan penerbangan membawa 800 penumpang pada satu-satu masa.

Emirates yang menjadi pelanggan terakhir dan paling setia Airbus juga telah menyatakan mereka akan beralih kepada penggunaan pesawat lebih kecil kelak

0/komen