Siaran TV Analog Di Kawasan Wilayah Tengah Dan Selatan Akan Ditamatkan



Selari dengan matlamat kerajaan untuk menukar rangkaian siaran televisyen dari analog ke digital secara sepenuhnya menjelang 31 Oktober kelak, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),  nampaknya akan menghentikan siaran rangkaian televisyen menggunakan isyarat analog tidak lama lagi.

Melalui SMS , pihak MCMC mengumumkan bahawa siaran rangkaian televisyen secara analog akan dihentikan di Selangor pada 30 September kelak, dan orang ramai disarankan mendapatkan STB (Set Top Box) IDTV/DVB-T2 MyFreeView ataupun televisyen yang menyokong isyarat digital terbaru ini.



Melalui laman web MyFreeView, kawasan-kawasan yang akan ditutup siaran analog ini bukan sahaja Selangor, tetapi juga negeri-negeri di kawasan selatan, termasuklah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MyFreeView ialah siaran rangkaian televisyen percuma dimana rangkaian-rangkaian televisyen seperti TV1, TV2 dan sebagainya dapat ditonton dalam kualiti Full HD. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web MyFreeView.

0/komen