Dron VTOL Penghantaran Makanan



Uber Eats merancang memulakan perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron sebelum berakhirnya 2019. Beberapa ujian telah dilakukan sejak bulan Mei dengan kerjasama McDonalds. Mereka kini telah memperlihatkan rekaan akhir untuk dron penghantaran makan yang akan beroperasi di San Diego pada musim panas 2020.

Dron ini dilengkapi tiga pasang kipas setiap satunya dengan lima bilah. Kesemua kipas boleh berputar 90 darjah bagi membolehkan penerbangan menegak VTOL. Setiap dron mampu melakukan penerbangan selama 12 minit dengan kargo dan 18 minit tanpa kargo. Atas tujuan keselamatan ia hanya akan terbang pada ketinggian maksimum 400 kaki.

Uber Eats hanya akan menggunakan dron untuk mengambil makanan dari restoran ke tempat pendaratan khas. Penghantaran akhir makanan ke pintu pelanggan akan dilakukan oleh pemandu Uber. Jadi buat masa ini pekerja manusia masih diperlukan. Tetapi pada waktu yang sama Uber mempunyai perancangan menawarkan perkhidmatan teksi swapandu.

0/komen