E-Volo Volocopter 2X



E-Volo Volocopter ialah teksi terbang berkuasa elektrik yang pertama kali diperlihatkan pada tahun 2011. Ia dilengkapi 18 motor elektrik untuk terbang secara menegak dan mampu membawa dua orang penumpang. Ia direka untuk menjadi teksi terbang dengan kemampuan terbang secara automatik.

Selepas hampir lapan tahun dalam pembangunan, ia telah memulakan operasi pada tahun  2018. Perbezaan ketara di antara 2X dengan model terdahulu ialah sistem bateri yang boleh ditanggalkan dengan pantas. Volocopter 2X boleh kembali beroperasi tanpa perlu menanti bateri dicas. Pihak E-Volo kini menumpukan perhatian untuk membina model yang mampu membawa empat orang penumpang.

0/komen