Kem Pelarian Terbesar Di Dunia



PEMANDANGAN dari udara menggambarkan kepadatan khemah pelarian Rohingya di Kem Ghundum, Ukhiya.

DHAKA – Bangladesh mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kem pelarian yang boleh menampung kira-kira 800,000 etnik Islam Rohingya dari Myanmar.

Rancangan membina kem pelarian terbesar di dunia itu mencetuskan kebimbangan mengenai risiko penempatan sebegitu ramai pelarian seperti wabak penyakit.

Kira-kira 582,000 etnik Rohingya telah melarikan diri daripada pertumpahan darah di Myanmar sejak keganasan tercetus pada 25 Ogos lepas.

Walaupun sebahagian mereka telah menyertai kira-kira 33,000 pelarian Rohingya lain yang menetap di beberapa kem rasmi di Kutupalong dan Nayapara sejak tahun 1990-an lagi, kebanyakan pelarian baharu itu terpaksa mendirikan penempatan sendiri lagi daif di luar kem tersebut.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan terdapat keseluruhan 65.5 juta pelarian di seluruh dunia yang bergantung hidup di sejumlah kem rasmi dan penempatan lain di seluruh dunia.



0/komen