Komputer riba gaming Predator Helios 700 diperkenalkan di acara Acer Global Press Conference di New York beberapa bulan yang lalu. Tidak seperti komputer riba gaming Predator yang lain, model Helios 700 ini bukan sahaja dilengkapi dengan spesifikasi gaming yang berkuasa, tetapi juga sebuah gimik penyejukan yang agak menarik.
Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-9980HK, memori DDR4 sebanyak 32GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 64GB, storan SSD PCIe sebesar 1TB didalam konfigurasi RAID0. Jika diinginkan, pengguna juga boleh menambahkan jumlah storan komputer riba ini menggunakan cakera keras ataupun SSD SATA.
Dari segi kad grafik, Helios 700 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 MaxP yang mampu menggerakkan permainan-permainan komputer terbaru pada resolusi yang tinggi.
Bercakap mengenai resolusi, Helios 700 ini hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi 1080p dan kadar segar semula 144FPS. Melalui palam HDMI, pengguna juga boleh menyambungkan komputer riba ini ke paparan skrin dengan resolusi 4K.
Komputer riba ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukan HyperDrift, dimana bahagian papan kekunci boleh diluncurkan kebawah untuk menunjukkan sistem penyejukan AeroBlade 3D yang boleh menyejukkan komponen-komponen komputer riba tersebut dengan lebih efisyen.
Menurut Acer Malaysia, komputer riba Predator Helios 700 ini sudahpun memasuki pasaran tempatan, dan boleh dibeli di kedai atas talian Acer ataupun kedai-kedai pengedar pada harga RM17999.
Catat Ulasan