Makhluk Paling Aneh ' Tully Monster '



Selama lebih dari setengah abad, para saintis merasa bingung atas kewujudan makhluk aneh yang digelar Tully Monster. Ia berkembang kira-kira 307 juta tahun lalu di sebuah muara pesisir, di tempat yang sekarang bernama Illinois bahagian timur laut.

Namun,  para penyelidik mengumumkan bahawa mereka telah memecahkan misteri tersebut. dan  menerbitkan penemuannya di jurnal Nature.

Penyelidik menganalisis banyak fosil dari makhluk bernama ilmiah Tullimonstrum gregarium tersebut. Dari kajian itu, didapati bahawa Tully Monster bukanlah cacing dibahagikan atau siput yang boleh berenang, namun merupakan ikan tanpa rahang yang disebut lamprey.

"Aku akan meletakkan Tully Monster di kedudukan teratas sebagai makhluk paling aneh," ujar paleontologi dari Univeristy of Leicester, Victoria McCoy, yang melakukan kajian tersebut di Yale University.

Makhluk itu berbadan seperti torpedo, bersendi, mempunyai bagian sama muncung dengan ujung mirip cakar, dan matanya berada pada hujung batang kaku yang terbentang di atas kepala.

Tully Monster mempunyai panjang kira-kira 35 sentimeter dan mempunyai sirip ekor menegak nan panjang serta mempunyai sirip punggung sempit.

Sebuah penyusunan semula fosil cangih mendapati, bahawa makhluk itu bertulang belakang, dengan insang dan batang kaku atau notochord - batang kerangka tulang rawan yang menyokong tubuh - dan berfungsi sebagai tulang belakang yang belum sempurna. Sebelumnya, notochord dikenal pasti sebagai usus.

"Aku selalu menyukai pekerjaan layaknya detektif, dan dalam Paleontologi hal tersebut tak jauh lebih baik daripada ini," ujar ahli paleontologi dari American Museum of Natural History New York, James Lamsdell.

"Kajian semula kami tentang spesimen tersebut telah menunjukkan, bahawa makhluk itu adalah lamprey yang sangat aneh, sebuah kumpulan vertebrata mirip belut yang hidup di sungai saat ini."

Tullimonstrum hidup di persekitaran laut cetek bersama dengan jerung, obor-obor, udang, amfibia, dan mimi.

"Ia makan dengan menggunakan muncung ... Kami tidak tahu apa yang dimakan makhluk itu, sama ada dia pemangsa atau binatang pemakan bangkai," ujar McCoy.

Makhluk itu dinamakan Tully Monster untuk menghormati pemburu fosil amatur, Francis Tully, yang pertama kali menemuinya di lubang perlombongan arang batu Illinois pada 1958 dan membawanya ke para ahli di Field Museum Chicago.

"Teka-teki itu telah membuat para paleontologi kebingungan," ujar paleontologi Field Museum, Scott Lidgard, di mana terdapat 1,800 spesimen Tullimonstrum di muzium tersebut dan merupakan fosil rasmi negara bahagian Illinois.

"Aku terpesona ketika hasilnya ditemui," tambahnya.




0/komen