OnePlus 7T



Kedua-dua OnePlus 7T Pro sudah pun boleh dibeli di Malaysia secara rasmi. OnePlus 7T Pro pada harga RM3399, manakala edisi McLaren pula hanya RM3899. Tetapi, bagi yang merasakan variasi ini adalah mahal dan tidak mampu dibeli, OnePlus juga ada variasi yang lebih murah, iaitu OnePlus 7T.

OnePlus 7T dijual secara rasmi pada harga hanya RM2599. OnePlus 7T amat berbeza dengan OnePlus 7. 7T hadir dengan skrin kadar segar semula 90Hz Fluid AMOLED. Cuma, ia terhad kepada resolusi FHD+ dan mempunyai takuk kecil. Bateri pula hanya 3800mAh dan kamera belakang adalah lebih kurang sama – 48MP + 12MP 2x zum (7T Pro 8MP 3x zum) + 16MP. Kamera swafoto pula adalah 16MP. Cip juga sama, Snapdragon 855+ dan variasi memori yang dijual di Malaysia adalah 8/128 GB sahaja.

Lain-lain sama sahaja, seperti sistem pengecasan pantas Warp Charge 30T, pilihan warna biru dan terus menjalankan Oxygen OS 10 berasaskan Android 10

0/komen