Razer turut melancarkan Razer Junglecat, iaitu alat kawalan permainan seakan JoyCon pada Nintendo Switch – tetapi untuk telefon pintar. Setiap bahagian alat kawalan terdapat butang-butang khusus, seperti bahagian kiri mempunyai satu analog dan empat butang d-pad. Manakala, bahagian kanan adalah empat butang aksi biasa dan juga satu lagi analog.
Untuk digunakan pada telefon pintar, Razer menyediakan kerangka khusus untuk beberapa peranti dan tidak semua peranti boleh menggunakannya. Buat masa ini peranti yang disokong adalah, Razer Phone 2, Huawei P30 Pro, Samsung Galaxy S10+ dan Samsung Galaxy Note 9. Tiada sokongan untuk mana-mana iPhone.
Jika tidak ingin menggunakan kerangka, Razer turut menyediakan pemegang untuk digunakan pada tablet, televisyen atau PC. Ia boleh dicas melalui USB-C dan mampu bertahan selama 100 jam dengan satu kali cas. Sambungan pula adalah melalui Bluetooth dan Razer turut menawarkan aplikasi “Gamepad” untuk membuat tetapan sensitiviti, tetapan aksi setiap butang dan sebagainya. Harga jualan adalah $99.99, iaitu sekitar RM418.
Catat Ulasan