Realme 5



Telefon pintar Realme 5 dilancarkan di Malaysia pada awal bulan ini pada harga RM599. Semasa pelancaran Realme XT hari ini, model terbaru Realme 5 dengan memori sebesar 3GB dan storan sebesar 32GB turut telah ditawarkan pada harga RM549. Tetapi sempena jualan Lazada pada 11 November ini, ia boleh dimiliki pada harga serendah RM499.

Peranti kelas permulaan ini dilengkapi skrin 6.5″ LCD  HD, cip Snapdragon 665,  kamera utama 12MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro), kamera swafoto adalah 13MP dan bateri sebesar 5000mAh. Bateri ini walau bagaimanapun hanya boleh dicas dengan kuasa 10W menerusi port mikroUSB. Di Malaysia Realme 5 ditawarkan dalam warna Crystal Purple dan Crystal Blue.

0/komen