Redmi Note 8 Pro Terminator Edition



Filem Terminator Dark Fate mula ditayangkan di layar perak dan Redmi mula menawarkan peranti edisi khas bertemakannya. Redmi Note 8 Pro Terminator Edition buat masa ini hanya dilancarkan di Sepanyol dengan kerangka bertemakan Terminator Rev-9, topo dan tiket wayang. Kesemua ini ditawarkan pada harga 229 Euro (~RM1062).

Redmi Note 8 Pro dilengkapi skrin 6.53″ IPS LCD, dijana cip MediaTek Helio G90T, memori sehingga 6GB, storan sehingga 64GB, kamera utama 64+8+2+2 Megapixel, kamera hadapan 20-Megapixel dan bateri sebesar 4500 mAh. Sistem kamera utama yang digunakan menyokong lensa sudut lebar, sudut ultra lebar, pengesan kedalaman dan makro sahaja.

Sementara itu bateri pula mengecas dengan output 18W menerusi port USB-C. Ia juga mempunyai ketahanan kalis percikan air IP52 serta masih mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah peranti.

Walaupun ia adalah peranti edisi khas, agak aneh ia tidak ditawarkan dengan spesifikasi lebih tinggi memori 8GBRAM dan storan 64GB

0/komen