Resepi Kuah Kacang Satay Kajang



Bahan-Bahan Satay

  • 1,5 kg daging atau ayam (seelok-eloknya batang pinang)
  • 5 camca besar gula putih
  • 1 ketul lengkuas (saiz sebesar 1/2 buku lima)
  • kunyit
  • garam secukup rasa
  • 5 batang serai
  • sedikit minyak masak


Cara Buat Satay Daging /Ayam

  1. potong daging / ayam  berbentuk kiub kemudian cuci dan toskan airnya. sementara itu kita sangai bahan-bahan tadi dan kisarkan juga semua bahan kisar. 
  2. siapkan bekas kemudian masukan daging ayam yang sudah dipotong tadi bersama madu dan gaul rata. masukan bahan kisar dan bahan sangai ke ayam tadi dan perasakan dengan gula dan garam. kemudian gaul lagi.
  3. perap ayam selama lebih kurang 3 jam di dalam freezer. tetapi, bila semalan itu lebih baik sebab bahan perapan lebih meresap ke dalam daging.
  4. keluarkan daging dalam peti ais dan cucukan dengan lidi dan untuk meleperkan daging boleh menggunakan jari tulunjuk dan ibu jari. sisa air perapan jangan dibuang kerana untuk membuat kuah satay.
  5. pembakaran satay mesti hati-hati jangan sampai lidi hangus terbakar, gunakan minyak merenjis yang disapukan ke seluruh bahagian daging agar daging tidak cepat kering apabila dibakar.
  6. terbalikan satay 3 - 4 kali agar matang diseluruh bahagian. 


Bahan Kuah Kacang

  • 1 kg kacang tanah - buang kulit
  • 2 keping gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 15 cili kering - buang biji rendam air panas dan kisar halus

Bahan Hiris Nipis

  • 2 inci lengkuas
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 11 biji bawang merah

Cara Penyediaan Kuah Kacang

  1. panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah yang sudah dikupas kulitnya. angkat dan kisar kasar
  2. panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian goreng bahan hiris nipis hingga harum kemudian angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. panaskan kembali minyak dalam kuali (anggaran 3 senduk besar) dan goreng cili kisar bersama bahan kisar halus. goreng hingga masak. lepas tu masukan air secukupnya dan kacang tanah yang sudah dikisar dan masak hingga mendidih.
  4. masukan air asam jawa, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  5. akhir sekali, sediakan satay kajang bersama kuah kacang dihari istimewa bersama nasi panas-panas.. emmmm sedaaap.



0/komen