Resepi Nasi Tomato



Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
  • ½ cawan minyak sapi
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ½ cawan air
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5 sm kulit kayu manis
  • 2 cawan beras basmathi
  • ¾ cawan tomato puree


Cara menyediakan:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. 
  3. Apabila naik baunya masukkan tomato puree, air dan garam dan beras dan gaul rata.
  4. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.



0/komen