Sistem Laser HEL Untuk Kegunaan Helikopter Tempur Apache



Sistem tembakan laser adalah fiksyen sains siri animasi kanak-kanak semasa kami masih belum mumayyiz. Selepas hampir tiga puluh tahun, babak aksi dari siri G.I Joe semakin hampir menjadi realiti. Raytheon telah  berjaya menguji sistem laser High Energy Laser (HEL) mereka pada sebuah helikopter tempur AH-64 Apache .



Sistem laser dalam bentuk pod dipasang pada sayap membawa senjata helikopter dan berjaya menembak sasaran yang terletak sejauh 1.4 kilometer. Maklumat mengenai jumlah kuasa laser dan adakah sasaran musnah tidak pula dikongsi oleh Raytheon kerana ia masih sulit. Sistem HEL telah diuji  pada sebuah trak. Sistem ini turut dibangunkan untuk kegunaan pesawat tempur menjelang 2020.

0/komen