Perkhidmatan Uber mungkin tidak lagi ditawarkan di Malaysia tetapi di negara asalnya mereka masih berkembang pesat. Uber Eats akan mula melakukan penghantaran makanan menggunakan dron menjelang penghujung 2019.
Ujian menggunakan dron telah dilakukan oleh Uber Eats sejak bulan Mei. Rakan niaga mereka McDonalds telah mereka pek khas yang membolehkan makanan kekal panas semasa proses penghantaran. Menerusi penggunaan dron, penghantaran makan dalam lingkungan 2.5 kilometer dalam dilakukan dalam masa 7 minit berbanding 21 minit menggunakan pengangkutan bermotor biasa.
Dron akan mendarat di kawasan yang diwartakan sebagai kawasan selamat. Pekerja Uber Eats kemudian akan menghantar makanan dari dron untuk dihantar ke rumah pelanggan untuk beberapa meter terakhir. San Diego akan menjadi bandar pertama menerima sistem dron. Kos penghantaran masih lagi sekitar RM36 yang sama seperti penghantaran menggunakan kereta atau basikal sekarang.
Catat Ulasan