Vivo Melancarkan Dua Power Bank Pengecasan Pantas



Terkini di China, Vivo telah melancarkan dua power bank baharu yang menyokong pengecasan pantas 22.5W dan 18W.

Power bank pertama adalah Vivo Two-Way Flash Charging Power Bank yang mempunyai kapasiti bateri 10,000mAh. Ia mempunyai kuasa 22.5W, hadir dengan port USB-A, USB-C dan microUSB. Power bank ini juga mempunyai cip mengawal suhu terbina, agar semasa mengecas peranti dan mengecas power bank ini sendiri – ia tidak akan memanas. Harga jualan adalah 229 Yuan, iaitu sekitar RM136.



Kedua juga adalah Vivo Two-Way Flash Charging Power Bank. Tetapi kuasanya hanya terhad kepada 18W dan mempunyai perlindungan keselamatan. Port pula hanyalah terhad kepada 2x USB-A dan 1x microUSB. Harga jualan pula adalah 159 Yuan, iaitu sekitar RM94.

0/komen