Tiada perkara yang lebih menggembirakan buat pasangan yang sudah berkahwin selain menerima berita kehamilan. Ia pastinya menjadi momen yang paling indah dan kehadiran cahaya mata itu pastinya sangat dinanti-nanti. Namun, perasaan kecewa dan sedih pastinya akan menyelubungi hati bakal ibu dan ayah ini apabila anak yang sedang dikandung tiba-tiba keguguran.
Ini pastinya bakal membuatkan mana-mana insan tersentuh apabila dia mengalami keguguran ketika mengandungkan bayi pertamanya akibat daripada amalan sihir yang dilakukan orang lain.
25/10/2019
Innalillahiwainnailahiraajiun. Memori anak sulung ummi abi. Ummi dan abi namakan awak Aisyah Humaira Binti Muhamad Amirul Izzat nak.
Selamat jalan anak ummi abi. Coretan ni aku simpan kat sini untuk jadi memori dan pengajaran buat semua ibu dan bapa di luar sana. Mungkin agak nonsense tapi ni la realiti yang jadi pada aku dan suami.
2 minggu sebelum miscarriage, aku scan baby still okay, mood aku pun okay. Baby sihat, keadaan aku pun okay.
Cerita bermula di sini
1 minggu sebelum miscarriage.
Emosi terganggu, penat dengan kerja dan penat dengan mulut manusia. Tiba-tiba kena marah, tiba-tiba orang reka cerita bukan-bukan, tiba-tiba jadi sedih, tiba-tiba serba tak kena. Sebab apa? Sebab mulut manusia. Kesan pada siapa? Kandungan dalam perut aku. Banyak pengalaman tak menarik jadi sebelum aku keguguran.
Suasana rumah berubah dan suram. Tiba-tiba pintu kena ketuk, tiba-tiba dengar budak lari-lari dalam rumah, tiba-tiba bunyi orang tarik meja kerusi. Keadaan aku dan suami agak tak okay, banyak salah faham tapi still under control. Tak sedap hati dan rasa semacam yang jadi Allah gerakkan hati untuk cari petunjuk Dia.
Diganggu iblis
Tiba-tiba tok sedara yang buat rawatan Islam chat, minta aku balik segera sebab ada yang nak bincang. Aku tak expect apa-apa tapi aku tak sedap hati.
Aku start buat solat sunat hajat, buat Yasin Mubin 3 kali selepas Maghrib, minta petunjuk Allah. Direct aku buat 5 hari. Tengah baca Yasin Mubin tiba-tiba ada suara sebiji macam suami aku panggil aku dari belakang, aku toleh tapi kosong. Maknanya iblis tengah ganggu kekhusyukan aku tapi aku ignore dan teruskan.
Tiba-tiba suami aku masuk dari luar, aku diam. Lepas siap baca yasin aku sambung solat isyak dan solat hajat. Dah settle aku tanya dia, ‘Abang ada panggil saya ke?’ Dia kata, ‘Saya dekat beranda rumah dari tadi la, dengar ustaz bagi tazkirah, diaorang pasang speaker jadi saya dengar la.’ Aku diam.
Malam tu, aku mimpi ada beberapa orang yang aku kenal berdiri di antara 2 pokok besar, dengan keadaan yang sangatlah berkabus dan suram, gelap. Antara mereka tu ada seorang budak kecil, muka aku tak nampak tapi aku macam bayangan yang berdiri tu.
Darah penuh atas tilam
3 hari berturut-turut aku mimpi benda sama. Malam ketiga aku mimpi benda tu is semalam dan aku mimpi budak kecil tu jalan dengan diaorang seiringan. Aku bangun dari tidur. Demi Allah, darah penuh atas tilam tempat aku tidur. Aku cuak dan bila aku tepuk-tepuk pipi aku, yes aku bukan mimpi! Hati aku mula tak sedap.
Pergi klinik terus menangis. Minta scan dan doktor cakap perut aku dah kosong. Doktor tanya, ‘Puan ada jatuh ke?’ Aku cakap tak. Dia sambung lagi, ‘Maaf puan, saya terpaksa bagitahu puan dah pun keguguran tapi susah nak gambar sebab kantung pun dah tiada dalam perut puan. Saya tak tahu apa punca dia. Cuma lately ni puan ada stress ke? Tapi biasanya keguguran kalau sebab stress pun at least biasanya kantung akan ada puan, apa pun semoga puan tabah.’
Aku cakap banyak benda aku stress then aku diam. Suami cakap ‘Sayang, kita kena redha, biarlah yang mana nak sembah iblis tu buat apa yang diorang nak, anak kita dah tunggu kita kat syurga.’
Hati-hati dengan orang sekeliling
Bukan nak suruh percaya dengan sihir, tapi tolonglah guys kalau tengah mengandung, berhati-hatilah dengan orang sekeliling tak kira siapa pun dia. Serapat mana pun kita dengan dia, kita kena tahu bahawasanya kita takkan mampu tahu apa isi hati seseorang tu.
Jangan percayakan sesiapa sekeliling kau, elakkan makan sembarangan, kawal emosi, minta perlindungan Allah dan jangan bagi orang gosok perut kau sembarangan.
Mungkin hari ini kau boleh guna ilmu iblis untuk jatuhkan orang tapi kau kena tahu kuasa Allah melebihi segalanya. Berhentilah tunduk dengan ajaran dan perjanjian jin dan iblis. Demi Allah, siapa pun punca, aku takkan halalkan dunia akhirat untuk perbuatan korang ni.
Catat Ulasan