وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya"
[Surah al-Baqarah 25]
Ayat ini menceritakan kepada kita tentang ganjaran hebat dan mahal akan dikurniakan kepada manusia-manusia yng beriman dan beramal soleh. Dikurniakan mereka segala jenis nikmat yang tiada bandingannya, iaitu nikmat keseronokan yang berkekalan selama-lamanya yang tiada masa penamatnya.
Imam Ibnu Qudamah ditanya:
"Siapakah yang paling berbahagia?"
Beliau menjawab:
"Orang yang nafasnya berhenti, namun tidak berhenti pahalanya"
Berkata Sayidina Umar bin al-Khattab r.a:
"Kemuliaan dunia dapat diperolehi dengan harta dan kemuliaan akhirat dapat diperolehi dengan amal soleh"
Syurga merupakan sebaik-baik ganjaran dan balasan bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاعِمَةٌ * لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ * فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ * لَا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً * فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ*(فِيهَا سُرُرٌ مَرْفُوعَةٌ * وَأَكْوَابٌ مَوْضُوعَةٌ * وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ * وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ
"Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya).Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir. Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar), serta hamparan-hamparan yang terbentang"
[Surah al-Ghashiyah 8-16]
♡Jom buru kebahagiaan syurga dengan iman dan amal soleh. Beramallah selagi masih diberikan peluang dan kehidupan♡
Ingatlah, jika amal soleh yang di bawa nescaya tiada penyesalan yang akan ditangisi. Hanya kebahagiaan yang dilakari
Catat Ulasan