Huawei Y9



Huawei Malaysia baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu siri Huawei Y9 2019. Bagi anda yang sedang mencari cari telefon pintar terkini pada harga mampu milik dengan spesifikasi untuk kegunaan harian, telefon pintar terbaru daripada Huawei ini adalah antara model yang perlu dimasukkan ke dalam senarai pilihan. Hal ini adalah kerana telefon pintar ini bukan sahaja sangat sesuai untuk digunakan oleh para pemain permua tegar, malah ia mampu untuk memenuhi kehendak serta keperluan harian semua golongan pengguna.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang selalu keluar, anda semestinya hendak meringankan beg bagi memudahkan pergerakkan anda. Jadi dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh pada siri Huawei Y9 2019 ini, ia mampu untuk bertahan sepanjang hari dan anda tidak lagi perlu membawa powerbank yang berat itu ketika keluar berjumpa pelanggan.

Dengan bateri  sebesar ini, prestasi permainan permua anda juga tidak akan terganggu dan anda berpeluang untuk mendapatkan pengalaman permainan yang imersif. Begitu juga sekiranya anda ingin memenuhi masa lapang anda untuk menonton tayangan Netflix ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti di dalam LRT. Beg anda tentunya sudah berat, dan apa yang lebih memenatkan apabila anda perlu berdiri sepanjang perjalanan sambil memegang telefon pintar dengan powerbank yang berat. Namun, dengan Huawei Y9s ini, anda tidak lagi perlu membawa powerbank untuk menggunakannya ketika menonton tayangan Netflix di luar.



Rekaan telefon pintar ini juga sangat menarik dan memang sesuai untuk kegunaan semua golongan pengguna. Bagi Huawei Y9s, ia dilengkapi dengan rekaan skrin sebesar 6.59 inci tanpa takuk, nisbah skrin yang cukup luas sehingga 91% bersama paparan FullView Display. Malah, ia juga dilengkapi dengan rekaan sisi badan melengkung 3D yang dikatakan mampu untuk memberi keselesaan kepada genggaman tangan apabila dipegang.

Dengan rekaan skrin sebesar 6.59 inci ini, anda sebagai seorang ahli perniagaan yang sering dipenuhi dengan emel boleh menikmati paparan yang lebih luas dan selesa untuk mata membaca emel emel di peti masuk anda. Begitu juga apabila anda bermain permua dan menonton tayangan filem. Skrin yang besar pada Huawei Y9s ini memberikan keselesaaan kepada mata anda dan pemandangan yang lebih luas untuk mendapatkan pengalaman permua atau tayangan filem yang lebih imersif.

Bukan itu sahaja, Huawei Y9s ini juga turut ditawarkan dengan kapasiti storan yang cukup besar untuk sebuah telefon pintar yang bukan daripada kelas peranti mercu. Memori yang ditawarkan adalah sebesar 6GB RAM bersama storan 128GB. Malah, sekiranya anda memerlukan storan yang lebih besar untuk menyimpan fail-fail kerja, permua dan juga tayangan filem anda, ia boleh diperluaskan kepada 512GB. Dengan penawaran storan sebesar ini, anda boleh menyimpan sebanyak mungkin fail yang anda mahukan.

Selain itu, kamera telefon pintar ini juga cukup menawan dimana ia dilengkapi dengan 3 lensa kamera utama gabungan 48MP untuk lensa utama, 8MP untuk sudut Ultra Lebar, dan 2MP untuk sudut kedalaman. Ketiga tiga lensa kamera utama ini dibantu oleh teknologi AI. Manakala kamera swafotonya pula dilengkapi dengan lensa 16MP. Bagi kamera hadapan, telefon pintar ini mempunyai rekaan pop naik yang mana apabila anda menekan butang kamera hadapan, kamera swafotonya akan dinaikkan secara automatik. Apa yang lebih menarik, kamera pop naik ini dikatakan mampu untuk menampung berat sehingga 15kg. Ini menunjukkan bahawa Huawei Y9s ini mempunyai ketahanan lasak yang baik.

Dengan kehadiran lensa kamera yang baik pada Huawei Y9s ini, anda boleh mendapatkan rakaman gambar yang cantik, tajam dan jelas. Bagi lensa sudut ultra lebar, ia mampu untuk membuat rakaman gambar seluas 120 darjah yang boleh memampatkan hampir keseluruhan pemandangan dan objek dalam hanya satu rakaman gambar sahaja. Malah, dengan penawaran storan yang besar pada telefon pintar ini, anda boleh menyimpan pelbagai rakaman gambar dan video yang anda sayang dengan banyak.


Secara keseluruhan, telefon pintar Huawei Y9s ini sangatlah berbaloi untuk dimiliki. Telefon pintar ini ditawarkan dengan rekaan skrin 6.59 inci FHD+, dijana dengan cip pemprosesan Kirin 710F, memori 6GB RAM bersama storan 128GB. Bagi kapasiti bateri pula, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh bersama sokongan pengecasan 10W. Ini menunjukkan bahawa, walaupun telefon pintar ini dipasarkan pada harga bawah RM1000, anda masih boleh mendapatkan telefon pintar dengan rekaan, bateri dan storan seperti peranti kelas atasan. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Midnight Black dan juga Breathing Crystal pada harga RM999.

Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini akan dipasarkan bermula 29 November ini, dan bagi setiap pembelian Huawei Y9s ini membuka peluang kepada anda untuk menerima Huawei Band 4 secara percuma yang bernilai RM139 melalui penebusan daripada Pusat Ahli mereka. Huawei Y9 Prime pula telah dikemaskini harganya, iaitu juga pada RM799 sahaja. Ini menjadikan siri Huawei Y9 2019 kali ini boleh didapati pada harga bermula daripada RM799 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon pintar ini, samaada melalui laman rasmi Huawei atau pengedar pengedar rasmi mereka.


0/komen