Mesin Penyediaan Sarapan Mudah Alih



Sudah tidak aneh bagi Xiaomi untuk melancarkan produk-produk pelik. Menjadikan produk-produk aneh Xiaomi ini menarik adalah rekaannya dan kadangkala kebolehannya diselarikan dengan ekosistem peranti berhubung mereka.

Terkini, Xiaomi bekerjasama dengan Domlin bagi melancarkan mesin multi-fungsi penyediaan sarapan. Mesin ini mempunyai pembakar roti dan kuali terbina bagi memudahkan lagi penyediaan sarapan. Ia juga adalah mudah alih dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja, serta bahagian dapurnya adalah jenis elektrik dan sesuai untuk menggoreng, rebus, stim dan lain-lain. Selain dari mudah alih, ia juga boleh menjimatkan ruang bagi individu yang menyewa bilik/rumah yang kecil.

Setiap pembelian mesin penyediaan sarapan ini, pengguna akan menerima periuk 1.2 liter, pengukus keluli tahan lasak 304, kuali anti-melekat dan dulang bagi memastikan tiada habuk roti bersepah. Harga jualan pula adalah 359 Yuan sahaja, iaitu sekitar RM214 dan semestinya jualan terhad di China sahaja. Agak menarik jika Xiaomi menjualnya di Malaysia, pasti para bujang atau mereka yang ingin jimat duit/ruang akan membelinya.

0/komen