Mudahnya Kita Tertipu



SINDIKET Macau Scam tidak pernah berkubur. Biar berapa banyak kejayaan demi kejayaan diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras ke­giatan penipuan sindiket itu namun jenayah tersebut terus berlangsung.

Mengikut pendedahan PDRM, mereka yang menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam bukan calang-calang individu kerana ia membabitkan doktor, jurutera dan guru.

Jumlah kerugian yang dialami mangsa yang terjerat melibatkan wang yang banyak sehingga mencecah jutaan ringgit. Mengikuti kisah-kisah penipuan Macau Scam secara tidak langsung menggambarkan senangnya rakyat Malaysia ditipu.

Modus operandi sindiket Macau Scam mudah dan boleh ditiru oleh sesiapa sahaja yang berhajat mencari rezeki tidak halal.

Mangsa terbaharu yang tersebar di dada-dada akhbar  membabitkan seorang guru wanita berusia 51 tahun dari Kuching, Sarawak.

Mengikut laporan, guru terbabit berputih mata selepas wang simpanan pada hari tua berjumlah RM600,000 lesap begitu sahaja ditipu ahli sindiket Macau Scam.



0/komen